NEW STRAITS TIMES (Wilayah Persekutuan, Malaysia) 21 April 05 Toddler dies of snake bite (Ahmad Fairuz Othman)
Alor Star: No one realised that Mohd Izzat Akmal Zaini had been bitten by a venomous snake until several hours later. By then, nothing much could be done to save the 18-month-old toddler.
He died today at the Alor Star Hospital, 10 days after he was admitted.
A hospital spokesman said doctors were working against the odds from the start. Izzat was warded five hours after his family realised he had been bitten on his right foot while asleep at their home in Kampung Tok Besah.
By that time, he was frothing at the mouth, unconscious and fighting for breath.
Doctors administered the appropriate anti-venom after the baby's parents helped identify the snake.
The toddler's mother, Siti Fatimah Kasa, 38, said that Izzat's sister Intan Maisarah, 9, raised the alarm when she saw a snake in the kitchen.
"I rushed to check on Izzat but he was sound asleep.
"It was about five hours later when my mother, Bahari Mat , found him frothing at the mouth and we immediately rushed him to the hospital," she said.
She said her husband, Zaini Abdullah, 38, managed to kill the snake.
The snake was identified as a "ketam timah", a species commonly found in padi fields.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/NST32316938.txt/Article/indexb_html
UTUSAN (Kuala Lumpur, Malaysia) 21 April 05 Kanak-kanak `dicium' ular meninggal dunia (Daliza Ariffin)
Pendang: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan yang `dicium' oleh seekor ular katam timah berbisa di kakinya meninggal dunia hari ini - selepas 11 hari bertarung nyawa tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star.
Kanak-kanak itu, Mohd. Izzat Akhmal Zaini yang baru belajar bertatih, sedang tidur semasa ular itu menyelinap masuk ke rumahnya di Kampung Tok Besah di sini kira-kira pukul 7 pagi, 9 April lalu.
Kakaknya, Intan Maisarah, 6, yang terjaga dari tidur menyedari kehadiran ular berbelang hitam putih itu di dalam rumah mereka.
``Mak, ular cium (patuk) kaki adik,'' kata Maisarah kepada ibu Siti Fatimah Mohd. Kassa, 33, yang ketika itu sedang bersiap untuk ke klinik kesihatan bagi menjalani pemeriksaan kehamilan.
Setelah menyedari kehadiran ular itu, Siti Fatimah berkata, suaminya, Zaini Abdullah, 37, seorang tukang rumah di kampung berkenaan terus membunuh ular sepanjang 0.3 meter itu dan beliau dengan segera memeriksa seluruh badan anak keempatnya dengan teliti.
``Saya tidak nampak sebarang kesan patukan pada badan Izzat dan tidak menyangka perkara yang buruk akan berlaku terhadap anak bongsu saya itu, tetapi selepas balik dari klinik kesihatan, saya tengok mukanya pucat berwarna kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri,'' jelas beliau lagi.
Siti Fatimah terus menghantarnya ke Hospital Pendang tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Alor Star untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Siti Fatimah yang hamil lima bulan berkata, Mohd. Izzat Akmal seronok bermain dengan abangnya, Mohd. Ridhwan, 8, pada malam sebelum kejadian itu.
``Anak saya seorang yang aktif tetapi malam itu, dia asyik bermain sahaja dan memaksa saya dan ayahnya bermain dengan dia tetapi mungkin sudah terlalu lewat iaitu lebih kurang pukul 2 pagi, saya tidurkan dia di dalam buaian,'' jelasnya.
Jenazah Mohd. Izzat Akmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Besah di sini selepas solat Asar petang ini.
Ular jenis katam, ular tedung, kapak, orok-orok dan tedung selar adalah ular berbisa yang perlu diberi penawar anti-venom dengan segera selepas dipatuk.
Jika terlewat diberi penawar itu, mangsa akan mati akibat gangren (kerosakan tisu) dan pembekuan darah.
Oktober lalu seorang bakal pengantin, Arni Syuhada Salleh meninggal dunia setelah dipatuk ular tedung selar yang melingkar di atas katilnya. Dia gagal diselamatkan setelah Hospital Daerah Pekan tidak mempunyai bekalan penawar anti-venom.
Toddler dies of snake bite


